Setiap Foto Ada Mesej, Cerita Dan Maksud Tersendiri - Nikmatilah Dari Perspektif Ambo

Seorang Melayu

~ Terasing ~

Pasar Seni, Kolumpo
Terasing Dalam Dunia Sendiri
Diri Buat Diri

Melintasinya Aku Terbau Gam

Salam Ramadan Al-Mubarak

~ Masjid Jamek Kolumpo ~

Lama Tak Update Blog
Sibuk, Malas Dan Takde Mood
Sekarang Mood Datang Balik
Semoga Kekal

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Kepada Semua Penjenguk Blog Ambo
Semoga Ramadhan Tahun Ini
Lebih Baik Dari Tahun Lepas

Tadi Terawih Masjid Jamek
Kali Pertama Mula Puasa Dan Terawih Kolumpo

Tembikai

~ Luar Biasa ~

Luar Biasa Kalau Empat Segi
Biasa Bulat Atau Lonjong
Sungguh Kreatif

Lanskap

~ Damai ~

Sawah Padi Masih Menghijau
Lembu Masih Kurus
Wakaf Masih Setia

Awasi Anak Anda


~ Ralit ~

Awasi Anak Anda Dimana Sahaja Berada
Pasaraya - Anak Hilang Main Sembunyi
Pasar Malam - Anak Hilang Dalam Keriuhan
Kedai Buku - Anak Hilang Ralit Membaca

Rantau Panjang
Peniaga Ralit Layan Pelanggan
Anak Ini Ralit Makan Buah Percuma
Ibu Ralit Membeli Pakaian
Bapa Ralit Membeli Jersi Bola Tiruan

Jaga Anak Kita, Jaga Halal Haram Rezekinya

Minta Belas

~ Rutin ~

Pasar Seni
Rutin Harian Disini
Tangan Dihulur Simpati Dipinta
Kudrat Gagah Badan Sasa
Muka Hensem
Usaha Tiada

Tukang Pukul Gambar Kena Kejar
Lari.........!!!!

Pengail Tua


~ Harapan ~

Pengail Tua Ditepi Jalan
Tunggu Rezeki Sambar Umpan
Pengail Tua Sabar Dan Tenang
Tiada Ikan Tiada Udang
Pengail Tua Hatinya Sayu
Banyaknya Sampah Dan Batang Kayu
Pengail Tua Adalah Hobi
Esok Datang Kail Lagi

Gomo Garu Gatal

~ Nikmat ~

Garu-Garu
Terjelir Lidah
Gatal Seluruh Badan
Ada Kutu Tiada Kurap
Lama Tak Mandi
Tak Syampu

Kenapa Garu Guna Kaki? Kurang Sopan

Setia Berkhidmat

~ Eveready ~

Original
25 Tahun Usia
Perbuatan Hong Kong
Sentiasa Sedia
Antik


Pesawah Tradisional

~ Anak Muda ~

Anak Muda Hari Ini
Tidak Turun Ke Sawah
Tak Tahu Mengetam Menyabit Menuai Padi
Tidak Pandai Serkap Ikan Seluk Lubang Keli
Tidak Digigt Pacat Lintah

Rindu Makan Nasi Dingin Ikan Goreng Bawah Pokok Tepi Sawah

Ikan Percik


~ Modal ~

Kelmarin
Bikin Ikan Percik Sendiri
Ikan Kembung 3 Ekor - RM9.00
Santan 200 Gram - RM1.00
Arang - RM2.20
Berpeluh Sampai Betis - Free of Charge

Itu Baru Modal, Restoren Jual Berapa Sekor?

Sketsa

~ Dialog ~

1. Oooo...Ngko Gelakkan Aku Bawa Pokok Naik Bas Ye...
2. Tunggu...Muslimah First La
3. Mak...Nak Naik Bas Dua Tingkat La...

Sehati Sejiwa

~ Sama ~

Puduraya
Sama-Sama Buta
Isteri Buta Kedua Mata
Suami Buta Sebelah Mata
Sama Susah Sama Senang
Sama Tujuan Matlamat
Sama Cari Rezeki
Untung Nasib

Kesian

Jom Kelaut

~ Kembara - Impian Seorang Nelayan ~

Burung Camar Hinggap Dijejari
Seorang Nelayan Sedang Bermimpi
Mimpi Tentang Duyung.. Mimpi Tentang Untung
Bibit Hanyut Dibawa Ombak Laut Cina Selatan

Dalam Mimpi Berkata Sang Duyung
Wahai Nelayan Kau Anak Laut
Disini Tempatmu Disini Rezekimu
Pengorbanan Yang Kau Lakukan... Ada Balasannya

Mega Mendung.. Laut Pun Bergoncang
Nelayan Tersentak Hidup Tersesat Haluan
Sang Mentari Terlindung... Pantai Tak Kelihatan
Tawakkal Jalan Akhirnya..

Dalam Pondok Kecil Beratap Rumbia
Seorang Ibu Memandang Hari Muka
Sambil Ia Menyusukan Bayi Yang Kehausan
Ufuk Timur Hilang Dari Pandangan

Wahai Anak Yang Sedang Menangis
Mungkin Kini Engkau Tak Mengerti
Bila Kau Dewasa Dan Pandai Nanti
Pengorbanan Ayahmu Sayang Jangan Kau Lupakan

Media Pembuli

~ Fakta ~

Tepat Betul Sahih Benar
Sudah Terang Lagi Bersuluh
Masih Sokong Media Ini?

Jurugambar

~ Posisi ~

Perlu Meniarap Tak Hirau
Kena Menungging Tak Kisah
Terlentang Tak Apa
Merangkak Pun Sanggup

Janji Dapat View Terbaik

Siang Ikan

~ Toman ~

Masak Lemak Daun Kesum Sedap
Masak Tempoyak Pun Sedap
Kat Marang RM16 Sekilo
Kat Setiu RM5 Sekilo

Banyak Sangat Beza Harga

Cari Rezeki

~ Ingat ~

Datang Dulu Kerja Amah
Rupanya Kerja Berpanas
Rehat Sekejap Layan Rindu
Nanti Gaji Hantar Kampung

Niat Murni Bantu Keluarga

Berbeza

~ Kongsi ~

Bukan Satu Keluarga
Tidak Sama-Sama Datang
Lain Hayunan Rentak Jalanan
Beza Tujuan Dan Matlamat

Sekadar Kongsi Arah Tujuan
Berkhidmat

~ Tugas ~

Kawal Lalulintas Bandaraya
Kawal Pejalan Kaki Melintas
Hidu Asap Sedut Habuk
Gaji Rendah Tugas Getir

Saya Anti Rasuah
Baca

~ Berita ~

Taman Tasik Taiping
Baca Untuk Dapat Berita Tau Cerita
Berita Politik Banyak Tipu
Berita Jenayah Makin Banyak
Cerita Artis Mengarut
Gossip Itu Fitnah

Elakkan Terjebak, Cari Alternatif
Penantian


~ Rasa ~

Stesen Bas SKMK, Bandaraya Islam 
Rehat Dari Cuaca Panas
Ngantuk Perut Kenyang
Penat Dan Bosan Tunggu Pelanggan

Rasa-Rasanya
 Bas


~ Dulu-Dulu ~

Stesen Bas SKMK
Utama Ke Serata Negeri
Juga Tempat Jumpa Saing Rakan Awek
Dari Kampung Ke Kota Bharu 80 Sen
Pas Bulanan Sekolah RM15
Tiada Hawa Dingin Tiada Kerusi Empuk

Seronok Untuk Di Kenang
Hujan Panas


~ Berpayung ~

Medan Ilmu, Kota Bharu
Teduhkan Dari Basah Hujan
Teduhkan Dari Panas Mentari
Selesakan Untuk Dengar Kuliah
Selesakan Untuk Berjualan

Syukuri Nikmat Hujan Dan Panas
Shopping


~ Beritahu ~

Kena Beritahu Mama
Handbag Tu Besar Dan Cantik
Kena Beritahu Papa
Belikan Hadiah Birthday Mama
Kena Beritahu

Adik Punya Kecik Sangat
Bisnes


~ Cari ~

Ueno Street, Akiba, Japan
Kueh Dorayaki Di Kaki Lima
Pusing Keliling Tak Kelihatan
Kiri Tak Jumpa
Kanan Tak Nampak
Depan Belakang Tiada

Mana Doraemon?
Demi Rezeki 3


~ Realiti ~

Bandaraya
Demi Beberapa Suap Nasi
Tangan Di Hulur Simpati Di Pinta
Barang Di Hantar Upah Di Tagih
Masa Di Kejar Gaji Di Bayar
Bisnes Di Bincang Untung Di Kira

Semua Sibuk Cari Rezeki
Demi Rezeki 2


~ Jual ~

Pasar Bergerak
Kedatangan Sentiasa Di Nantikan
Makcik-Makcik Dan Adik Kakak 
Daging Ayam Ikan Udang Sotong
Sayuran Dan Buahan
Kueh Mueh Dan Mainan Tarikan Kanak-Kanak

Takluk Kampung Dan Taman Perumahan
Demi Rezeki 1


~ Jiwa ~

Bandaraya Islam, Kelate
Jiwa Peniaga Masih Kental
Dari Kecil Hingga Dewasa Menginjak Usia Emas
Bukan Miskin Tidak Juga Kaya

Berjualan Satu Kemestian Satu Kenikmatan
Halal


~ Realiti ~

Halal Haram Makanan Kita Kira
Halal Haram Rezeki Kita Kisah
Halal Haram Perbuatan Kita Jaga
Semuanya Kita Cakna
Demi Agama Demi Darah Daging
Mesti Ada Chop Mesti Ada Sijil Mesti Ada Akuan

Selimut Toto Halalnya Bukan Dari Lorong Tikus
Makan Di Mana


~ Bisnes ~

Dungun
Tiga Roti Tempayan
Dua Kari Kambing Satu Kari Ayam
Dua Teh-O-Beng Satu Milo-O-Beng
Sedap Makan Sedap Bayar
Hulur RM30.00 Baki RM9.80

Mewahnya Makan Atau Mahalnya Makanan?
Cakna Masyarakat


~ Cakna ~

Kg Syukur, Hulu Dungun
Alhamdulillah
Syukur Dapat Sumbangan Barangan Harian
Syukur Terima Duit Poket
Syukur Nikmatnya Nasi Lauk Kampung
Syukur Masih Ada Yang Cakna

Cakna Dan Syukurkah Kita?
Sepi


~ Realiti ~

Surau
Capal Amat Kurang
Tanda Surau Hampir Sepi
Tabung Tak Bergerincing Lagi
Tanda Miskinnya Sedekah Umat

Silalah, Demi Islam
Tanak Nasi


~ Nostalgia ~

Dulu-Dulu
Padi Tanam Sendiri, Beras Tumbuk Sendiri
Tampi Sekam, Pilih Antah
Simpan Dalam Tempayam
Satu Ling Sekali Tanak
Nasi Dapur Kayu Periuk Hitam
Lain Aromanya, Lain Rasanya
Ringkas Lauknya Banyak Nasinya

Sekarang Tak Ada Lagi
Guano Gamok


~ Khabarnya ~

Apa Khabar, Bakpo Tido, Kena Gapo?
Jatuh Lompat Pokok?
Sakit Jantung, Darah Tinggi, Angin Ahmar?
Idup Lagi Ko Mapuh Doh?
Kalu Idup Ambo Nok Kekoh

Laaa..Mapuh Kena Bedil
Kuliah


~ Pesanan ~

Medan Ilmu, Kota Bharu
Khusyuk
Dengari Pesan Tok Guru
Ingati Bicara Ulama
Hayati Ucapan Menteri Besar
Ikuti Nasihat Mursyidul Am

Alhamdulillah
Niaga


~ Cerita ~

Kedai Pohon Pinang, Kota Bharu
Bisnes Wanita Kelate
Ayam Kampung
Bela Tangkap Sembelih Jual
Tambah Rezeki Bantu Suami
Tambah Duit Dapur
Handbag Penuh Pitis

p/s : Tak Tau Mana Kedai Pohon Pinang? Sila Tanya Orang Tua-Tua
Senyum SMS


~ Mesej ~

Jejantas LRT Jadi Saksi
SMS Gembira Masuk
Boss Ajak Main Golf
Isteri Naik Pangkat
Awek Ajak Keluar
Saham Naik
Apa-Apa Saja
SMS Di Mana-Mana, Setiap Ketika

Senangnya Komunikasi
Kau Dan Aku


~ Nota ~

Jalanan - Kuala Lumpur
Aku Dengan Hal Aku - Telefon Suami Ngapa Lambat
Kau Dan Hal Kau - Tunggu Teksi, Makan Petang
Masing-Masing Buat Hal
Saling Tak Tegur
Saling Tak Senyum

Kau Kau Aku Aku
Didikan Awal


~ Nota ~

Medan Ilmu - Tok Guru Nik Aziz
Dari Kecil Dididik Sempura
Dari Kecil Dibawa Kuliah Agama
Dari Kecil Diajar Meniaga
Serial, Dua Rial, Tiga Rial

Besar Nanti Muslimah Sejati
InsyaAllah
Keutamaan


~ Motto ~

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Islam Didahulukan Solat Diutamakan

Best
Gatteh Teksi


~ Al-Kisah ~

Kelate - Gateh = Kayuh, Teksi = Beca
Pok Kob Semakin Tua, Kudrat Semakin Kurang
Teksi Semakin Rehat Semakin Uzur
Pelanggan Semakin Tiada
Pendapatan Semakin Kurang

10 Tahun Lagi, Masih Adakah Teksi?
Seorang Tua


~ Kisah ~

Monorel Titiwangsa, Kuala Lumpur
Seorang Tua Panjang Ubannya
Bersih Mukanya Sayu Perasaan
Longlai Langkah Mana Rumah
Berat Dipikul Berat Dijinjing
Mana Keluarga Siapa Anaknya

Kesian
Gulai Kawah


~ Menu ~

Kat Bekwoh, Di Kedai, Masak Kat Rumah
Gulai Kawah Daging Segar
Lembu Atau Kambing Atau Kerbau
Campur Mumbang Atau Umbut Nyiur Atau Buah Ara
Makan Dengan Nasi Kawah
Sampingan Ikan Kering, Solok Lada, Sira Labu, Sambal
Sirap Limau

Kenyae Nettin
Merenung Masa Depan

















~ Nota ~
Kucing Terbiar
Siapa Tuan, Siapa Buang
Tiada Tujuan, Tiada Tugasan
Tiada Makanan Minuman
Hanya Harap Simpati
Tidur Tak Bertempat
Redha Hujan Panas Ribut Petir
Hanya Tunggu Masa
Makan


~ Mesej ~
Aktiviti Sampingan Semasa Makan
Bual, Cakap, Sembang, Cerita, Nasihat, Umpat
Menung, Fikir, Khayal
Telefon, Tulis, Baca

Cuba Teka, Brader Ni Sedang Buat Apa...